Farid Kamil Buat Kejutan Semasa Pratonton PE3

Farid Kamil Buat Kejutan Semasa Pratonton PE3

SEKALI lagi, Farid Kamil memberi sebuah kejutan kepada orang ramai apabila beliau mengumumkan tarikh perkahwinan beliau dengan Diana Danielle, 21, di majlis pratonton filem “PE3”.

Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini.

Saya berharap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami,” kata beliau.Menurut pelakon dan pengarah berumur 31 tahun ini, tarikh pernikahan sudahpun ditetapkan tidak lama selepas mereka bertunang secara diam pada awal bulan September yang lalu.Bulan November dipilih kerana ianya adalah bulan kelahiran Diana, yang mana harijadinya jatuh pada 22 November.

Majlis resepsi bakal diadakan di Hotel Flamingo, Kuala Lumpur sehari sebelum harijadi Diana, iaitu pada 21 November, diikuti pula dengan resepsi di kampung halaman Farid di Alor Setar, Kedah.

Turut hadir di majlis tayangan perdana “PE3” adalah Diana Danielle sendiri, yang juga sering datang berkunjung ke set penggambaran filem itu sebelum ini.

Close