KESTA 18 Anjur Perlawanan Persahabatan Bersama Kelab Singapura

PUTRAJAYA,

13 Oktober – Kelab Sepak Takraw Persint 18 ( KESTA 18) hari ini telah menganjurkan satu perlawanan persahabatan menentang Kelab Singapura dengan usaha sama Pemuda UMNO Kemuning.

Perlawanan persahabatan tersebut telah berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw Persint 18 R13.

Pengerusi Persatuan Sepak Takraw Putrajaya, Datuk Khairuddin telah merasmikan perlawanan persahabatan tersebut. Turut hadir semasa perasmian tersebut Pengerusi KESTA 18, Azam Shah bin Osman Bashah.

Pasukan KESTA 18 diwakili oleh 15 orang pemain manakala Kelab Singapura telah diwakili oleh 20 orang pemain untuk berentap dalam perlawanan persahabatan ini.-Waris/PjO

[Klik Untuk Foto Perlawanan]

Close