Mizz Nina Dan Penyanyi Hip-Hop Tidak Terjejas

TIDAK 

terlepas daripada mentaliti peminat yang agak obses dengan kesilapan seorang artis, ianya turut berlaku kepada penyanyi hip-hop wanita nombor satu Malaysia, Mizz Nina, apabila dia sekali lagi dikecam ekoran kesilapan menulis nama Allah S.W.T kepada Allah S.A.W.

Penyanyi yang berusia 33 tahun ini telah dikecam kerana meletakan baris ayat di dalam kulit album “Take Over” yang berbunyi “I would like to say thank you to Allah S.A.W.”, sedangkan dia sepatutnya peka dengan ejaan betul iaitu Allah S.W.T.

Pemilik nama sebenar Shazrina Azman dengan tenang menjawab segala tohmahan yang dilemparkan sebelum ini berkaitan isu sensitiviti peminatnya yang beragama Islam.

“Saya sudah menjelaskan kepada semua terutama sekali keluarga saya. Malah suami saya, Noh turut memahami insiden ini. Saya juga telah menarik diri daripada membuat persembahanan di konsert tajaan jenama minuman arak tersebut.

“Saya tahu mereka yang suka menjatuhkan orang lain ini akan terus bercakap dan mencari kesalahan saya daripada sudut lain. Apa yang penting, saya telah menjalankan apa yang perlu saya lakukan,” ujarnya.

Sungguhpun mengakui agak tertekan dengan situasi ini, penyanyi lagu “What You Waiting For” dan “Take Over” ini memberitahu bahawa setidak-tidaknya masih ada orang yang mahu ambil tahu dan secara tidak langsung memberikan publisiti kepada dirinya.

“Tidak mengapalah, saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Setidak-tidaknya saya dapat juga publisiti dengan insiden ini.”

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina kini sedang mempromosikan single terbarunya “Summer Burning” dan bakal merakamkan dua lagi single terbaru yang salah satu daripadanya melibatkan penyanyi dari Korea.

Close