PM Rasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri bersama Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur dan pemimpin perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya.

PUTRAJAYA, 1 September – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini hadir merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya bersama Setiausaha Agung UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan di Precint 11, bermula jam 11.00 pagi tadi.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di hadapan saf kepimpinan dan perwakilan Putrajaya berkata “bahagian Putrajaya secara simbolik mencerminkan negara Malaysia, oleh itu kita mesti suburkan kekuatan UMNO Putrajaya, walaupun Putrajaya merupakan bahagian UMNO yang paling kecil, tetapi bahagian ini difahamkan paling banyak mengadakan mesyuarat di peringkat bahagian”.

“Walaupun kita berdepan pelbagai cabaran yang sangat sukar, sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 semalam membuktikan sebarang ramalan yang dibuat telah meleset, kita dapat melihat bukan semua negara yang merdeka malah yang lebih awal merdeka dari Malaysia berada dalam keadaan tidak makmur dan kaya sebagaimana Malaysia termasuklah beberapa negara Eropah” katanya.

Antara pemimpin Pemuda dan perwakilan yang hadir di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula dalam ucapannya menyeru agar penjawat awam perlu yakin kepada Perdana Menteri, kerana Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah pemegang amanah dari rakyat.

“PM hanya pemegang amanah rakyat, penjawat awam perlu yakin pada PM yang bertanggungjawab, pemimpin yang bersifat ‘unity in diversity’ dalam kepimpinan Ulul Amri sudah pasti tidak akan mengkhianati agama, bangsa dan negara. Putrajaya yang wujud hasil usaha UMNO dan Barisan Nasional tetap akan dipertahankan oleh jentera UMNO bahagian Putrajaya.”

“Ahli UMNO perlu ada sifat cintakan parti kerana amanah rakyat harus diselesaikan oleh UMNO, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sudi hadir ke mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya” tambahnya lagi.

Selain merasmikan mesyuarakat perwakilan yang dihadiri oleh saf-saf kepemimpinan sayap UMNO dari dari Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO itu, Perdana Menteri turut mengambil kesempatan beramah-mesra dengan para perwakilan yang hadir sebelum merasmikan mesyuarat tersebut. – editor/PjO

Close